18 Januari 2017 - 20:52
Warga Awam Mungkin Dibunuh Secara Beramai-Ramai Di Deir ez-Zour: Jeneral Rusia

Menurut Leftenan Jeneral Sergei Rudskoy dari Rusia berkata bahawa penduduk awam di Deir ez-Zor bakal menghadapi bahaya pembunuhan beramai-ramai sekiranya bandar tersebut jatuh ke tangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Leftenan Jeneral Sergei Rudskoy dari Rusia berkata bahawa penduduk awam di Deir ez-Zor bakal menghadapi bahaya pembunuhan beramai-ramai sekiranya bandar tersebut jatuh ke tangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Beliau juga berkata bahawa bandar situasi di sana kini amat kritikal memandangkan kawasan itu dikepung oleh kumpulan tersebut semenjak 3 tahun yang lalu.

"Dengan menggunakan kelebihan anggota, para militan secara berterusan menyerang kedudukan Tentera Syria (di sana)," kata beliau. "Jika bandar itu tumbang, para penduduk awam akan menghadapi realiti pembunuhan beramai-ramai. Populasi di Deir ez-Zour akan dihapuskan sama-sekali," tambahnya lagi.

Beliau turut menekankan bahawa Tentera Syria yang mempertahankan bandar itu meneruskan perlawanan mereka dengan bantuan Tentera Udara Rusia yang membekalkan mereka dengan pelbagai keperluan.

Bandar Deir ez-Zour yang masih dikawal tentera kerajaan telah berada di bawah kepungan kumpulan Takfiri Daesh sejak tahun 2014. Para penduduk awam dan tentera Damsyik menerima bekalan makanan hanya melalui pesawat udara yang membekalkan bantuan kemanusiaan.